Thursday 23 October 2014


Gambar Sambal Hitam Pahang



Anda orang Pahang? kalau ya, mesti anda pernah mendengar tentang Sambal Hitam Pahang? Kalau anda bukan orang Pahang ataupun tak pernah dengar tentang Sambal Bilis Hitam Pahang ini tak mengapa sebab tak kenal maka tak cinta?
Sambal ini agak istimewa sebab ianya tidak terdapat di negeri lain ataupun pendek kata asli dari negeri Darul Makmur itu.


Penyediaan sambal ini tersangatlah mudah malah bahan-bahannya juga tak banyak. Sambal ini juga sebenarnya lebih kurang dengan sambal tumis biasa tapi yang membezakannya dan membuatkan ianya istimewa ialah bahan utamanya iaitu asam belimbing buluh. Tanpa bahan utama ini, masakan ini tak dapat di sediakan. Sebelum saya terangkan tentang  bahan-bahan dan cara penyediaannya saya nak kongsi cara penyediaan asam belimbing buluh terlebih dahulu.

Resepi Penyediaan Sambal Hitam Pahang

Bahan-bahan:
  • Belimbing buluh (ikut banyak mana yang anda mahu)
  • Garam (agak-agak sahaja)
  • 10 biji belimbing buluh rebus
  • 20 biji  cili padi
  • segenggam ikan bilis(rendam sekejap dan toskan)
  • 6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
  • kicap manis  secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak utk menumis
Cara-cara penyediaan :
  1. Cuci buah belimbing buluh sebersihnya
  2. Masukkan ke dalam kuali (jangan gunakan kuali yang baru atau cantik kalau anda tak mahu ia nya rosak sebab buah belimbing mengandungi asid yang boleh menghakis kuali anda. Seeloknya guna kuali yang sudah buruk atau lama)
  3. Tak perlu isi air sebab buah belimbing itu akan keluarkan airnya sendiri
  4. Masukkan garam (terpulang pada anda)
  5. Masak sehingga buah belimbing tadi betul-betul kering atau kecut dan bertukar menjadi warna kehitaman (bukan hangus)
Mudah kan cara penyediaannya? Tiada sukatan khusus untuk menyediakan hidangan ini sebab setiap orang berbeza citarasa. Bagi yang suka pedas, anda boleh tambah lagi kuantiti cili begitu juga sebaliknya. Kuantiti mungkin berbeza mengikut saiz hidangan. Sambal Hitam Pahang ini sesuai untuk di jamu bersama nasi putih, roti mahupun di makan bersama lempeng. Kalau musim perayaan, anda boleh makan bersama nasi impit, ketupat ataupun lemang. Pendek kata semua boleh lah.
Kelebihan Sambal Hitam Pahang:
  • Tahan lama (boleh di simpan untuk beberapa hari)*Asam ini bolehlah di simpan di dalam bekas dan boleh di gunakan untuk tempoh yang sangat lama.

Tagged:

0 comments:

Post a Comment