22:27 by Unknown
Mangsa nahas di susur keluar Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kuala Kangsar, Allahyarham Norhayati Wook, 50, sempat mengadu sakit dan meminta tolong sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam nahas itu.
01:17 by Unknown
Remaja Sudah Duga Ajal Menerusi Status Facebook | AJAL maut sememangnya di tangan Tuhan dan tiada siapa pun yang akan tahu bilakah waktu dan tarikh tepat kematian mereka.
Namun, tidak dinafikan ada juga insan yang dapat merasakan waktu kematian mereka semakin hampir.
Ia dapat diperhatikan melalui sikap yang luar dari kebiasaan atau kata-kata mereka.
Seperti
remaja ini, dia seperti dapat menduga ajalnya semakin hampir melalui
status yang ditulisnya di laman Facebook yang berbunyi:
Melalui perkongsian di Facebook Oh! Media, dia meninggal dunia
selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van sewaktu menunggang
motosikal di Kampung Perana, Pulau Langkawi.
Lebih menyedihkan, hari kematiannya merupakan hari yang sama dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-16.
Berikut adalah komen-komen daripada beberapa individu yang mengenali mangsa.
Klik untuk besarkan
Apa pun,
sedekahkahlah surah Al-Fatihah buat remaja ini dan janganlah membuat
andaian yang bukan-bukan kerana kita sendiri tidak tahu bagaimanakah
bentuk kematian kita suatu hari nanti. Wallahu a’lam…