Wednesday, 22 October 2014



Bila kita dengar kehebatan tahajjud dan kehebatan mereka2 yang menjaga tahajjud ini, kita pun terasa nak melakukan solat tahajjud.
Tapi disebabkan kita tak mengikuti tips2 yang betul, solat tahajjud dan qiamullail telah mendatangkan fitnah pula kepada kita kerana prestasi kerja / pelajaran kita merosot disebabkan tidur terganggu. Maka, amat penting untuk melakukan persediaan sebelum menunaikan solat tahajjud. Walaupun solat tahajjud itu sunat, tetapi ganjarannya memang besar.. dan untuk melakukan perkara yg besar, persediaan juga kena dilakukan dengan teliti.

1- Ikhlas kepada ALLAH dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredhaanNYA, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya dari pengetahuan orang ramai. Ini bertujuan supayatidak ada rasa riak dalam diri.
2- Hendaklah melakukan solat malam dengan perasaan dalamanbahawa ALLAH swt menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3- Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun malam berdasarkan pengajian & perbincangan.

4- Memerhati kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah & iltizam melakukan qiyamullail khususnya para soliheen di kalangan sahabat & ulama'.
5- Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw.

6- Tidur dalam keadaan berwudhu' seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah saw: "Apabila kamu hendak masuk tidur, berwudhu'lah seperti untuk menunaikan solat."-Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim.

7- Bersegeralah masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama selepas solat Isya' seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
8- Berzikir dengan wirid-wirid yang ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, dan baca doa tidur. Kerana ia menjadi benteng diri dari kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun.

9- Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari (Qailullah) iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya, sekadar dalam setengah jam.
10- Elakkan dari banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11- Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12- Menjauhi dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama & utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13- Muhasabah diri jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Untuk percubaan pertama Qiamullaillaksanakanlah dengan penuh khusyuk dan tawadhuk, pasti kita dapat merasai kemanisannya dan membimbing ke arah kebaikan. InsyaAllah :)


Tagged:

0 comments:

Post a Comment