Sesungguhnya rezeki Allah itu luas. Berdasarkan konsep rezeki yang telah dibentangkan sejak Nabi Adam diturunkan lagi. Allah swt juga membuka jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki, dalam pelbagai bentuk dan cabang, yang sentiasa menjadi punca kebaikan amalan di dunia, dan kesan amalan mulia ini mempunyai siri rantaian yang kekal ke alam akhirat.
AL - FATIHAH
Sebelum memulakan 20 amalan mulia, anda disarankan membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari selepas solat: Dan selepas selesai membacanya, Anda niatkan pahalanya untuk dihadiahkan seperti di bawah:
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad SAW,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua ibu & bapaku dan seluruh salasilah keturunan ibu dan bapa aku yang telahpun meninggal dunia,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diri aku, dan kesemua adik-beradikku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada guru-guruku yang pernah mengajari aku sejak aku kecil hinggalah aku dewasa sekarang ini,
Amalan 1.
Menyempatkan diri beribadah -
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
"Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu."
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Amalan 2.
Memperbanyak istighfar -
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang dan kasihan pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.)
Amalan 3.
Tinggalkan perbuatan dosa -
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati resah,
malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."
(Riwayat at-Tirmizi)
Antara perbuatan dosa yang hari-hari kita buat:
- pandang aurat manusia – umpat berlebihan (juga melalui internet pakai keyboard)
- buruk sangka – pandang rendah keupayaan manusia lain – rasa diri bagus
- buang sampah keluar dari kereta – dan perkara2 yang anda tafsirkan sebagai jelek
Amalan 4.
Sentiasa ingat Allah -
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman (iaitu Islam).
Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati
Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Al Quran, Surah Ar-Ra'd, Ayat 28)
Antara amalan ingat Allah yang boleh kita buat:
- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak perlu gerakkan mulut pun)
- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda yang tersendiri)
- mulakan setiap 1 perkara dengan Bismillah (kalau anda mampu)
- dan apa sahaja perbuatan “baik” asalkan minda anda sentiasa mempunyai
“connection” dengan Allah tanpa “disconnect” dengan Allah.
Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa -
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya,
maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya."
(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. "
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah,
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,
melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu."
(Riwayat Bukhari)
Amalan 7.
Tunaikan hajat orang lain -
Menunaikan hajat orang,
menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,
seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."
(Riwayat Muslim)
Amalan 8.
Banyak berselawat -
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
selawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,
selawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a'lam.
Amalan 9.
Buat kebajikan banyak-banyak -
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. "
Amalan 10.
Berpagi-pagi -
Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,
berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah)
adalah amalan yang berkat.
Amalan 11.
Menjalin silaturrahim -
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. "
(Riwayat Bukhari)
Amalan 12.
Melazimi kekal berwuduk -
Seorang Arab desa menemui Nabi Muhammad s.a.w.
dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)
nescaya Allah akan memurahkan rezeki."
(Diriwayatkan daripada Sayyidina Khalid al-Walid)
Amalan 13.
Bersedekah -
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair,
ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah membanyakkan baginya.
Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya."
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
Amalan 14.
Melazimi solat malam (Solat Tahajud) -
Rekod menunjukkan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah .
Amalan 15.
Membiasakan Solat Dhuha -
Waktu Solat Dhuha
- iaitu 28 minit selepas waktu syuruk
- waktu syuruk = waktu terbit matahari
- waktu maksimum Dhuha ketika kulit anda dapat merasai bahang matahari
Solat Dhuha lazimnya dibuat waktu ketika manusia sibuk dengan urusan dunia
(aktiviti harian),
Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang Maha Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam,
jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha),
nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah -
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,
dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras."
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)
Allah berfirman lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)
Amalan 17.
Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu -
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma'ul Husna (99 Nama Allah)
selain dapat menenangkan hati manusia,
malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati,
amalan berzikir mengandungi fadilat khusus untuk
- keluasan ilmu
- terbukanya pintu hidayah,
- dimudahkan untuk memahami agama,
- diberi kemanisan iman
- dan dilapangkan rezeki.
Misalnya,
2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara berterusan 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah ,
al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibacakan selalu;
misalnya dibaca
"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang,
diiringi doa:
"Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu,
ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut,
siapa amalkan baca Surah al-Waqi'ah setiap malam,
dia tidak akan ditimpa kepapaan & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.
Wallahu a'lam.
Amalan 18.
Berdoa -
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah,
penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.
Dalam Al-Quran,
Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
nescaya Dia akan perkenankan.
Nota:
- tanggungjawap manusia kekalkan berdoa kepada Allah (jangan putuskan amalan ni)
- peranan Allah memakbulkan apa sahaja permintaan manusia
- gabungkan formula doa ini mintak di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)
Inilah buktinya…
Allah berfirman lagi:
“…dan tuhanmu berfirman,
berdoalah kepada-Ku,
niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…”
(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )
Amalan 19.
Berikhtiar sehabisnya -
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Ini sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang Islam yang beriman,
tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya,
hendak tenang dibacanya Al-Quran,
hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi,
hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal,
hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik,
hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik dulu,
hendak rezeki berkat dijauhinya dari sumber yang haram,
dan sebagainya.
Amalan 20.
Bertawakal -
Dengan tawakal,
seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah. Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah ,
nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ."
(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,
ia pagi hari lapar dan petang hari ia telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua 20 amalan mulia yang disebut ini,
adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya."
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)
0 comments:
Post a Comment